Tokoh Islam – Jabir Hayyan
September 8, 2009 Leave a Comment
“أصول الكيميJabir (Bapa Kimia)adalah Abdullah Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Azdi, seorang doktor bangsa Arab yang unggul dalam lebih daripada satu cabang ilmu pengetahuan. Beliau pernah tinggal di Iraq iaitu di bandar Kufah dan Baghdad. Beliau adalah seorang ahli kimia pertama dan terunggul serta lama berkecimpung dengannya.
Status Jabir bin Hayyan serta peranannya dalam pembangunan kimia adalah seperti penciptaan amali teori yang khayali kepada fakta sains; telah menobatkan beliau sebagai ahli kimia Arab.

Jaber Bin Hayan dianggap seorang pujangga dalam penciptaan asas saintifik kimia moden dan buktinya disaksikan berdasarkan kata-kata para sarjana Barat sendiri.
Ilmuan perancis bernama Berthelot mengatakan: Bandingan kepakaran Jabir dalam kimia adalah umpama kepakaran Aristotles di bidang ilmu logik.
Ahli falsafah Inggeris Francis Bacon pula mengatakan bahawa Jabir bin Hayyan adalah orang yang pertama memberi pengetahuan tentang kimia kepada dunia dan beliau dianggap seorang bapa dalam kimia .
Seorang orientalis Jerman bernama Otto Meyerhof pula mengatakan bahawa Jabir telah mencipta satu anjakan evolusi dalam perkembangan ilmu kimia di Eropah. Ia merujuk kepada ketokohan Jabir bin Hayyan secara langsung dan bukti terbesarnya adalah banyak istilah yang diciptanya digunakan dalam pelbagai bahasa di Eropah”.
Jabir banyak berselisih pendapat dengan para ilmuan sebelum zamannya di bidang kimia. Kenyataan demikian dibuktikan dengan sifat peribadi beliau yang secara bersahaja melakukan testimony (pengujian) di dalam mencari pembuktian lantas terus meyakini kebenaran teorinya dengan mendalam. Beliau menegaskan kepada pelajarnya supaya melazimi ujikaji. Beliau pernah berkata: “Perkara pertama yang mesti dilaksanakan adalah melakukan ujikaji; kerana mereka yang tidak melakukannya tidak akan dapat mencapai tahap minima dari aspek kesungguhan mencari bukti dan kebenaran. Maka anda mesti melakukannya untuk mencapai tahap ilmu yang meyakinkan”.
Adapaun mengenai asal perkataan kimia sebahagian mengatakan bahawa ia adalah bersumber dari kata dasar satu perkataan dari bahasa Mesir kuno yang dimaksud sebagai bumi hitam. Setengah ahli kimia yang lain pula mengatakan ia berasal dari kata dasar Yunan yang bermaksud perlakuran dan perleburan.
Kemampuan Jabir dan ilmuan Islam selepasnya mengubah persepsi ilmu kimia dari khurafat dan tahyul ke alam nyata terbukti setelah mereka berjaya merungkaikan empat asas penting dalam kimia iaitu: Air, Udara, Api dan Tanah. Kesemua ahli kimia sebelumnya berpendapat bahawa sebab utama pembentukan satu logam seperti emas, perak, tembaga, besi, belerang dan timah adalah berasal dari asal yang satu. Air, udara, api dan tanah telah menyebabkan ia berubah dari jenis asal kepada pelbagai jenis logam yang berbeza dari asalnya.
Kemampuan beliau melakukan eksperimen saintifik untuk menentukan kesahihan dari teori sebelumnya memungkinkan beliau membuat penemuan sejumlah besar bahan kimia, serta pengetahuan tentang beberapa tindakbalas kimia serta mampu mengesani tahap kemampatan kimia sederhana berdasarkan beberapa ujikaji seperti teknik tapisan dan kristal dan pengoksidaan.
Di samping itu sumbangan beliau di bidang penyelidikan empirikal mengenai pengenalan kimia adalah seperti penemuan alkali, cecair perak dan mendahului ilmuan Eropah dalam mendefinisikan garam dan air, amonia, kalium karbonat, emas, minyak, hijau asam belerang atau asid sulfurik.
Jabir bin Hayyan juga banyak memberi sumbangan dalam bidang pemurnian logam dan penyediaan baja dan campuran kimia tekstil celupan dan cecair untuk penyamakan kulit serta kain lapisan penghalang kebocoran air. Keunggulan tersebut adalah satu kredit untuk kegunaan magnesium dioksida dalam industri kaca, seperti yang ditemui oleh beliau tentang penggunaan tawas dalam membantu menstabilkan Warna.
Bukan itu sahaja bahkan, Jabir bin Hayyan memungkinkan pembuatan kertas yang terbakar (non-flammable) dan penghasilan satu saduran lapisan mengelakkan daripada besi berkarat, penyelidikan sejenis cecair yang dikenali sebagai soda kaustik Algatron dan orang yang pertama menemui asid nitrik dan asid hidroklorik.
Dikatakan bahawa Jabir bin Hayan telah mengarang antara 232-500 buku akan tetapi sebahagian besar buku-buku ini telah hilang. Sebahagian bukunya telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan sebahagiannya pula ke dalam bahasa Inggeris pada Zaman Pertengahan.
Antara buku paling penting tulisan Jabir bin Hayyan, itu adalah termasuk:
1 – Kitab “racun dan kaedah merawat . Beliau membahaskan tentang jenis racun yang popular digunakan seperti racun haiwan dan tumbuhan dan batu (Kalzenbak dan arsenik) serta kaedah rawatan dan pencegahan jika terkena. Buku ini berfungsi sebagai penghubung antara ubat dan kimia.
2 – “Nihayah al-Itqan” (penyempurnaan yang terakhir) merupakan karangan paling penting dalam ilmu kimia.
3 – Asas atau Prinsip ilmu kimia.
4 – Kajian saintifik seorang guru
5 – Skala kecil.”
6 – Mesej tujuh puluh. Ia memuatkan tujuh puluh artikel, yang ia berbicara tentang penemuan yang paling penting daripada pengalaman ujikaji beliau.
Jabir bin Hayyan meninggal pada tahun 815 M namun ahli sejarawan berbeza pendapat untuk menentukan tarikh lahir dan kematian secara tepat, tetapi beberapa orientalis mengatakan bahawa penulisan buku-buku Jabir tidak dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari 95 tahun dan sebahagaian ahli sejarah lain pula mengatakan bahawa Jabir bin Hayyan dilahirkan pada 722 Masihi dan meninggal pada 815 Masihi.




