Konvensyen “Pemikiran Hassan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa”

Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010

TEMPAT : Dewan Seri Sarjana , Universiti Tenaga Nasional , Kampus Putrajaya.

ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

UNTUK PENDAFTARAN DI PERAK SILIH HUBUNGI :

1. Ustaz Zolkifli Bin Ismail : 012-5076770 ( Ipoh ,Seri Iskandar )

2.Tuan haji Ishak Dun : 013-5216689 ( Kuala kangsar , Grik dan Taiping)

OBJEKTIF

i.  Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

TENTATIF PROGRAM

8.00 am – 8.40 am Kehadiran peserta dan pendaftaran
8.40 am – 9.00 am Pembukaan dan ucapan aluan pengerusi
9:00am – 10:00am Ucaptama Konvensyen oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
10:00am -10:20am Rehat
10:20am -11:30am Kertas Kerja I ”Fikrah Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Aliran” oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias
11:30am- 11:40am Tayangan Multimedia
11:40am -12:50pm Kertas Kerja II”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Perlaksanaannya di Malaysia” oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman
12:40pm – 2:00pm Solat dan Makan Tengahari
2:00pm – 3:10pm Kertas Kerja III ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
3:10pm – 4:00pm Ucapan Penggulungan dan Resolusi
4:00pm Majlis bersurai

YURAN PENYERTAAN

Klasifikasi Bayaran Sasaran (orang)
Perseorangan RM50 800
Wakil Organisasi RM100 20
Suami dan Isteri RM70 200
Pelajar RM20 2000

Akademi Ikatan Muslimin

Akdemi Ikatan Muslimin menawarkan program pengajian untuk Sijil Tinggi Agama (STAM). Daftarkan segera! Tempat adalah terhad..

Sila hubungi Ustaz Shahruzzaman Bistamam (019-5715334) atau layari www.ismaperakdr.wordpress.com untuk maklumat lanjut..

Sistem Interaksi & Komunikasi Usrah

SDC10542

Tidak dapat dinafikan usrah merupakan tulang punggung kejayaan amal tarbawi dan amal tanzimi. Usrah merupakan batu bata kepada binaan jamaah dan pusat asuhan organisasi. Melalui usrah akan lahir mukmin ‘abid, dai’e muharrik( pendakwah yang aktif), mujahid mundhabit (pejuang yang berdisiplin)dan mujammik, muassis dan muathir ( mampu mengumpul, mengasas dakwah dan membina pengaruh)

Antara langkah untuk menjayakan agenda usrah tersebut ialah dengan memantapkan sistem interaksi usrah supaya ia menjadi efektif dan produktif. Justeru itu setiap anggota wajib menyempurnakan sistem tersebut sesama anggota usrah.

Hubungan antara anggota usrah tegak dibahagikan kepada dua bentuk iaitu : 1. Secara horizontal : antara sesama ahli usrah

2. Secara vertikal: antara anggota dan Mas’ul.

Sistem interaksi sesama anggota usrah berdiri di atas asas ukhuwwah Islamiah manakala interaksi antara anggota usrah dengan mas’ulnya pula berdiri di atas asas :

  1. Ukhuwwah Islamiah iaitu menunaikan hak-hak persaudaraan.
  2. Thiqah.
  3. Taat dan Iltizam

Asas 1 : Ukhuwwah Islamiah

• Ukhuwwah Islamiah sesama anggota usrah dapat direalisasikan jika ketiga-tiga rukun usrah itu dapat dijelmakan dan diaplikasikan.

• Ukhuwwah Islamiah merupakan kekuatan kedua selepas kekuatan iman dan ukhuwwah. Bahkan ukhuwwah merupakan ruh iman dan kesempurnaan iman.

• Banyak dalil-dalil Al-Quran, Hadis dan bukti seerah yang menjelaskan kepentingan ukhuwwah dan ithar sebagaimana yang dipaparkan menerusi kisah Muhajirin dan Ansor.

• Amal-amal dakwah tidak akan dapat dilaksanakan jika makna ukhuwwah yang sebenar tidak dizahir dan diimplimentasikan.

• Antara amal-amal yang boleh menjana makna ukhuwwah ialah saling menziarahi, saling memberi nasihat, memberi bantuan kewangan, ithar, menunaikan hajat saudaranya, meringankan beban tugasannya dan menutup keaiban dan kelemahannya.

• Manakala amal-amal yang boleh merosakkan ukhuwwah pula ialah sikap ego dan mementingkan dirinya dan sikap memandang rendah pada orang lain.

• Kajian berkenaan fiqh ukhuwwah ini boleh dirujuk kepada Rukun Ukhuwwah yang ditulis oleh Imam Al-Bana, tulisan Fiqh Ukhuwwah oleh Dr. Abdul Halim Mahmud, tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid di dalam kitab Raqaiq, Ukhuwwah Islamian di dalam kitab Mamarratul Haq , tulisan Husni Adham Jarar dan lain lain penulis lagi.

Asas 2 : Thiqah Kepercayaan) dan Wala’ (Loyalitas)

• Thiqah merupakan rukun kedua interaksi antara anggota dan mas’ul usrahnya. Thiqah bermaksud setiap anggota menyakini kemampuan dan keupayaan Mas’ulnya di dalam amal dakwah serta berada diposisi jantung organisasi.

• Ia juga bermaksud setiap anggota meletakkan Masulnya ditempatnya sebagai Masulnya. Lantaran itu setiap anggota hendaklah menunaikan wajibat dan haknya sebagai Mas’ul.

• Seorang Masul tidak dapat melaksanakan tugas dan peranannya jika tidak mendapat Thiqah dari anggotanya.

• Nilai thiqah seorang anggota usrahnya dapat diukur dari aspek-aspek berikut :

  • Husnu Dzan terhadap kemampuan dan keikhlasan Mas’ul. (yakin bahawa tindakan Mas’ulnya adalah maslahat dakwah bukan maslahat syakhsiyah).
  • Dia menyakini bahawa Mas’ulnya ada keupayaan untuk mendidik, membimbing dan merubahnya. Justeru menyerahkan dirinya kepada Masulnya untuk dirubah.
  • Isti’zan ( meminta izin) daripada mMas’ulnya sebelum melakukan apa-apa perkara samada berkait dengan urusan dakwah atau urusan kehidupan.
  • Istisyar ( meminta pandangan) iaitu dia sentiasa merujuk Mas’ulnya untuk menyelesaikan masalah-masalahnya.

• Antara perkara yang boleh menghancurkan makna Thiqah dan wala ialah member nasihat secara terang terangan dihadapan anggota usrah, memandang enteng taujihat Mas’ul, melakukan syakwa dibelakang(bisikan) dan tidak meminta istibyan (penjelasan) sesuatu perkara dengan segera sehingga menimbulkan syubhat (keraguan).

• Berikut adalah beberapa amali kepada makna Thiqah :

  • Adakah kita telah meletakkan Masul sesuai dengan peranannya atau setaraf dengan anggota usrah.
  • Pernahkah kita meminta pandangan Masul di dalam urusan dakwah dan urusan hidup.
  • Selalukah kita menceritakan perkembangan diri kita kepada Masul.
  • Selalukah kita berbincang dengan Masul dalam menyelesaikan perkara di dalam kehidupan kita.

Asas 3 : Taat dan Iltizam

• Satu lagi hak Mas’ul yang perlu diberikan oleh anggota usrah adalah hak taat dan iltizam(komitmen).

• Kewajipan mentaati Masul samalah dengan kewajipan amir perjalanan (musafir). Taat di dalam konteks amal jamaie ialah di dalam perkara yang tidak bertentangan dengansyarak walaupun arahan yang diberikan adalah berat dan sukar.

• Kewajipan taat tidak akan sempurna jika tidak disertai dengan kebebasan memberikan pandangan atau wujudnya Syura yang matang.

• Setiap anggota wajib taat kepada arahan Mas’ulnya, begitu juga dia wajib memberikan nasihat dan pandangan di dalam perkara yang ada maslahat dakwah kepada masulnya.

• Antara syarat-syarat dalam memberikan pandangan ialah :

  • dengan niat ikhlas kerana allah untuk memberikan nasihat.
  • Berasaskan fakta dan hujjah yang masyruk’.
  • Tidak disebarkan pada orang lain.
  • Taat ketika Masul tidak menerima pandangannya dan diam ketika Masul tidak mahu menerangkannya (selagi tidak bertentangan dengan syarak).

• Mas’ul mempunyai hak untuk tidak menjelaskan semua arahan sepertimana Rasulullah SAW tidak menerangkan arahannya di dalam perjanjian Hudaibiyah.

• Antara amali kepada taat dan iltizam ialah :

  • Kehadiran ke halaqah , adakah menepati masa atau tidak.Jika tidak tepati masa adakah dia merasa bersalah atau biasa sahaja.
  • Adakah dia telah menyempurnakan tugasan usrah atau bersikap sambil lewa dengan arahan yang diberikan.
  • Ketika Mas’ul diam, adakah beliau redha atau berbisik-bisik dibelakang. (syakwa wa najwa).
  • Pernahkah dia memberikan pandangan kepada Mas’ul

Tarbiyah menjaga saff perjuangan

Maktab Irsyad

Sebahagian anggota Maktab Irsyad (Jawatankuasa Pusat) Ikhwan Muslimin, pagi semalam Isnin 19/10/2009 di Kaherah, Mesir.

Khabar media massa di Mesir yang mengatakan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Al-Ustaz Mahdi Akef, meletakkan jawatan ternyata khabar angin yang sengaja dilakukan untuk memberi gambaran buruk kepada orang ramai terhadap keutuhan organisasi berkenaan. Pagi Isnin 19/10/2009 semalam, ibu pejabat Ikhwan Muslimin berjalan seperti biasa dengan kehadiran pimpinan pusat seperti Mursyid Am, Al-Ustaz Mahdi Akef sendiri, Naib Mursyid 01 Dr. As-Sayyid Habib, Setiausaha Agung Dr. Mahmud Izzat dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Maktab Irsyad diantara mereka ialah Dr. Rasyad Al-Bayumy,  Ustaz Lasyin Abu Syanab, Dr. Mahmud Ghuzlan, Dr. Muhammad Badi’, Dr. Mahmud Hussein, Dr. Muhammad Mursy, Dr. Muhammad Saad Al-Katakiny, Dr. Muhyi Hamid, Dr. Muhammad Abdul Rahman dan Ir. Saad Al-Husainy. Yang tidak dapat hadir pada pagi semalam ialah Al-Ustaz Muhammad Abdullah Al-Khatib dan Al-Ustaz Sobry Arafah.

Mahdi Akef

Al-Ustaz Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan Muslimin.

Mereka sepakat membuat keputusan untuk membuat kenyataan umum menolak khabar angin yang disiarkan oleh pihak media massa tentang “perletakan jawatan” tersebut, menggesa para Ikhwan agar tidak disibukkan dengan hal berkenaan yang cuba mengalih fokus mereka dari amal-amal Dakwah mereka yang lebih penting, membuang tenaga mereka dari menumpu kearah membaiki masyarakat, meninggatkan prestasi jemaah mereka yang menyatu, menguat dan meningkatkan Ukhuwwah, mengatasi segala isu yang lain.

Ustaz Mahdi Akef menegaskan khabar angin yang disiarkan oleh pihak-pihak media mengenainya adalah suatu perkara yang menghairankan kerana urusan dalaman Ikhwan adalah hak Ikhwan semata-mata. Adalah lebih baik pihak media menyebarkan berita mengenai penyelewengan dan kezaliman yang berlaku di dalam negara, 300 orang Ikhwan yang masih di dalam penjara Mesir tanpa sebarang dakwaan dan kesalahan selain mereka mempertahankan Fikrah Islam dan menyeru kearah kebenaran, kebebasan dan keadilan.

Dr. Muhyi Hamid, salah seorang anggota Maktab Irsyad (Jawatankuasa Pusat), menegaskan bahawa jemaah Ikhwan adalah saf yang satu, berpegang kepada prinsip, nilai dan akhlak. Anggota Ikhwan hidup dengan intipati Ukhuwwah yang sebenar dan kefahaman yang sahih. Apa sahaja usaha untuk merenggangkan pimpinan mereka adalah suatu usaha yang akan berakhir dengan kegagalan.

Mahmud Hussein

Dr. Mahmud Hussein, anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin.

Salah seorang anggota Maktab Irsyad, Dr. Mahmud Hussein mengatakan usaha sedemikian adalah untuk memberi gambaran buruk terhadap Ikhwan. Ia merupakan usaha terdesak pihak tertentu dalam menanam perselisihan diantara pimpinan dan ahli dalam organisasi.

Diantara pengajaran-pengajaran yang boleh kita perolehi dari isu ini ialah :

(1)    Kesatuan dan Ukhuwwah Islamiyah adalah diantara rukun-rukun terpenting dalam mana-mana organisasi yang memperjuangkan Islam. Tanpanya organisasi tersebut hanya tinggal sebagai kelab, badan atau persatuan biasa semata-mata tanpa ruh perjuangan Islam yang sebenar.

(2)    Ukhuwwah dan kasih saying dikalangan anggota dalam saff mampu menjaga jemaah dari berlaku keretakan dan kemusnahan.

Pic37

Yang aku mahu dengan kamu semua berUkhuwwah ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Tidak ada kekuatan dalam Dakwah ini tanpa kesatuan dan tidak ada yang dinamakan kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima ialah berlapang dada (sesama kamu). Kasih sayang yang paling tinggi ialah Al-Ithar (mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri”. Firman Allah swt bermaksud, “Sesiapa yang terselamat dari bersifat bakhil pada dirinya (hanya mengutamakan dirinya sendiri), maka mereka adalah orang-orang yang berjaya)”. [Hasan Al-Banna]

(3)    Diantara peranan musuh-musuh Islam atau pihak lawan ialah meretakkan hubungan sesama anggota dalam organisasi dan juga mengelirukan masyarakat. Dengan cara ini tseqah atau kepercayaan terhadap organisasi tersebut dapat dilemahkan, lalu mereka akan lari meninggalkannya atau memberi sokongan kepada pihak-pihak yang lain pula.

(4)    Adalah penting pihak pimpinan mengeluarkan kenyataan-kenyataan umum  resmi kepada masyarakat awam dengan segera demi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam masyarakat, dalam sesuatu isu penting, apatah lagi isu yang sengaja direka oleh pihak-pihak berkepentingan kearah mencapai muslihat tertentu.

(5)    Ukhuwwah atau kasih sayang juga lahir dari kesatuan kefahaman (wahdah al-fikr) yang sahih terhadap Islam dan cara menegakkan Islam (Manhaj At-Taghyir). Ukhuwwah dan Wahdatul Fikr tidak akan lahir melainkan dengan Tarbiyah yang sahih, bersungguh, bersistem,  memakan masa yang lama dan melalui berbagai aktiviti dan pengalaman yang panjang. Oleh itu asas kepada Dakwah dan sebarang perubahan dalam jiwa diri dan masyarakat tidak lain tidak bukan ialah Tarbiyah itu sendiri.

Ustaz Halim   www.inijalanku.wordpress.com

Salam Eid Al-Fitri

salam aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam. Mudah-Mudahan amal kebajikan kite dapat di kekalkan, malah dapat ditingkatkan dari mase ke mase.

Jadikan bulan Syawal ini sebagai tapak permulaan bagi kite menjadi “orang baru”, yakni orang yang suci dan bersih, selepas sebulan kite “menyucikan” diri kite dari dosa dan noda.

ambillah kesempatan dalam dalam “>dalam “>bulan ini untuk kita kita “>saling “>kita “>kita “>sering kunjung-mengunjungi antara antara “>antara “>satu sama lain, dan saling kita “>saling “>maaf bermaafan antara kita. Ini  amatlah dituntut dalam Islam agar kita saling berkasih sayang dan merapatkan ikatan ukhwah sesama kita. InsyaAllah..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin..

Puisi Ramadhan…

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

ramadhan

Di saat pertemuan kite dahulu,

Aku benar-benar menyambut kedatanganmu,

Dalam sanubari hatiku,

Penuh diselaputi perasaan rindu,

Tidak pernah ade perasaan jemu,

Dalam aku menantimu sepanjang hidupku…

Sepanjang kite bersama,

Hatiku tenang tidak terkata,

Mungkin rahmat dan berkat dari Yang Maha Esa,

Ya !! aku percaya,

Semuanye datang dari-NYA,

Untuk kite wujudkan perasaan cinta,

Untuk kite lebih rapat dan mesra,

Untuk aku lebih mengerti, siapa mu sebenarnya..

Sewaktu kite berkasih-kasihan,

Aku mule mencintai Tuhan,

Aku mule belajar mendalami Al-Quran,

Aku usaha tambah kekuatan Iman,

Aku  wujudkan perasaan Ihsan,

Kerana aku tahu kelebihan,

Kerana aku tahu kepentingan,

Dalam usaha mencari apa itu erti Ketaqwaan,

Untuk aku tingkatkan tahapku disisi Ar-Rahman…

Namun kini, kau mahu berhijrah,

Meninggalkanku berseorangan tidak tentu arah,

Disaat ku masih kontang dengan amal dan jariah,

Katamu, rakan karibmu akan bersinggah,

Menggantikan tempatmu dengan sorak dan meriah,

Namun ku pasrah dan hanya mampu berserah,

Ku serahkan semuanye kepada Allah…

Kini,

Aku akan berdoa setiap mase, setiap hari,

Aku akan sentiasa meminta kepada Illahi,

Moge kita akan bersua lagi,

Aku hanye harap, kau ketahui,

Aku amat-amat mencintai, merindui dan menyayangi,

Untuk bertemu denganmu wahai Ramadhan yang diberkati…

Selamat tinggal Ramadhan !!!

Tokoh Islam – Jabir Hayyan

“أصول الكيميJabir (Bapa Kimia)adalah Abdullah Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Azdi, seorang doktor bangsa Arab yang unggul dalam lebih daripada satu cabang ilmu pengetahuan. Beliau pernah tinggal di Iraq iaitu di bandar Kufah dan Baghdad. Beliau adalah seorang ahli kimia pertama dan terunggul serta lama berkecimpung dengannya.

Status Jabir bin Hayyan serta peranannya dalam pembangunan kimia adalah seperti penciptaan amali teori yang khayali kepada fakta sains; telah menobatkan beliau sebagai ahli kimia Arab.

jabir hayyan

Jaber Bin Hayan dianggap seorang pujangga dalam penciptaan asas saintifik kimia moden dan buktinya disaksikan berdasarkan kata-kata para sarjana Barat sendiri.

Ilmuan perancis bernama Berthelot mengatakan: Bandingan kepakaran Jabir dalam kimia adalah umpama kepakaran Aristotles di bidang ilmu logik.

Ahli falsafah Inggeris Francis Bacon pula mengatakan bahawa Jabir bin Hayyan adalah orang yang pertama memberi pengetahuan tentang kimia kepada dunia dan beliau dianggap seorang bapa dalam    kimia .

Seorang orientalis Jerman bernama Otto Meyerhof pula mengatakan bahawa Jabir telah mencipta satu anjakan evolusi dalam perkembangan ilmu kimia di Eropah. Ia merujuk kepada ketokohan Jabir bin Hayyan secara langsung dan bukti terbesarnya adalah banyak istilah yang diciptanya digunakan dalam pelbagai bahasa di Eropah”.

Jabir banyak berselisih pendapat dengan para ilmuan sebelum zamannya di bidang kimia. Kenyataan demikian dibuktikan dengan sifat peribadi beliau yang secara bersahaja melakukan testimony (pengujian) di dalam mencari pembuktian lantas terus meyakini kebenaran teorinya dengan mendalam. Beliau menegaskan kepada pelajarnya supaya melazimi ujikaji. Beliau pernah berkata: “Perkara pertama yang mesti dilaksanakan adalah melakukan ujikaji; kerana mereka yang tidak melakukannya tidak akan dapat mencapai tahap minima dari aspek kesungguhan mencari bukti dan kebenaran. Maka anda mesti melakukannya untuk mencapai tahap ilmu yang meyakinkan”.

Adapaun mengenai asal perkataan kimia sebahagian mengatakan bahawa ia adalah bersumber dari kata dasar satu perkataan dari bahasa Mesir kuno yang dimaksud sebagai bumi hitam. Setengah ahli kimia yang lain pula mengatakan ia berasal dari kata dasar Yunan yang bermaksud perlakuran dan perleburan.

Kemampuan Jabir dan ilmuan Islam selepasnya mengubah persepsi ilmu kimia dari khurafat dan tahyul ke alam nyata terbukti setelah mereka berjaya merungkaikan empat asas penting dalam kimia iaitu: Air, Udara, Api dan Tanah. Kesemua ahli kimia sebelumnya berpendapat bahawa sebab utama pembentukan satu logam seperti emas, perak, tembaga, besi, belerang dan timah adalah berasal dari asal yang satu. Air, udara, api dan tanah telah menyebabkan ia berubah dari jenis asal kepada pelbagai jenis logam yang berbeza dari asalnya.

Kemampuan beliau melakukan eksperimen saintifik untuk menentukan kesahihan dari teori sebelumnya memungkinkan beliau membuat penemuan sejumlah besar bahan kimia, serta pengetahuan tentang beberapa tindakbalas kimia serta mampu mengesani tahap kemampatan kimia sederhana berdasarkan beberapa ujikaji seperti teknik tapisan dan kristal dan pengoksidaan.

Di samping itu sumbangan beliau di bidang penyelidikan empirikal mengenai pengenalan kimia adalah seperti penemuan alkali, cecair perak dan mendahului ilmuan Eropah dalam mendefinisikan garam dan air, amonia, kalium karbonat, emas, minyak, hijau asam belerang atau asid sulfurik.

Jabir bin Hayyan juga banyak memberi sumbangan dalam bidang pemurnian logam dan penyediaan baja dan campuran kimia tekstil celupan dan cecair untuk penyamakan kulit serta kain lapisan penghalang kebocoran air. Keunggulan tersebut adalah satu kredit untuk kegunaan magnesium dioksida dalam industri kaca, seperti yang ditemui oleh beliau tentang penggunaan tawas dalam membantu menstabilkan Warna.

Bukan itu sahaja bahkan, Jabir bin Hayyan memungkinkan pembuatan kertas yang terbakar (non-flammable) dan penghasilan satu saduran lapisan mengelakkan daripada besi berkarat, penyelidikan sejenis cecair yang dikenali sebagai soda kaustik Algatron dan orang yang pertama menemui asid nitrik dan asid hidroklorik.

Dikatakan bahawa Jabir bin Hayan telah mengarang antara 232-500 buku akan tetapi sebahagian besar buku-buku ini telah hilang. Sebahagian bukunya telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan sebahagiannya pula ke dalam bahasa Inggeris pada Zaman Pertengahan.

Antara buku paling penting tulisan Jabir bin Hayyan, itu adalah termasuk:

1 – Kitab “racun dan kaedah merawat . Beliau membahaskan tentang jenis racun yang popular digunakan seperti racun haiwan dan tumbuhan dan batu (Kalzenbak dan arsenik) serta kaedah rawatan dan pencegahan jika terkena. Buku ini berfungsi sebagai penghubung antara ubat dan kimia.

2 – “Nihayah al-Itqan” (penyempurnaan yang terakhir) merupakan karangan paling penting dalam ilmu kimia.

3 – Asas atau Prinsip ilmu kimia.
4 – Kajian saintifik seorang guru
5 – Skala kecil.”
6 – Mesej tujuh puluh. Ia memuatkan tujuh puluh artikel, yang ia berbicara tentang penemuan yang paling penting daripada pengalaman ujikaji beliau.

Jabir bin Hayyan meninggal pada tahun 815 M namun ahli sejarawan berbeza pendapat untuk menentukan tarikh lahir dan kematian secara tepat, tetapi beberapa orientalis mengatakan bahawa penulisan buku-buku Jabir tidak dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari 95 tahun dan sebahagaian ahli sejarah lain pula mengatakan bahawa Jabir bin Hayyan dilahirkan pada 722 Masihi dan meninggal pada 815 Masihi.

Iftar di rumah Ust. Fadzlan

Bota, PERAK : Pada 28 ogos yang lalu, Isma cawangan Perak Tengah telah mengadakan satu jamuan berbuka puasa yang telah dianjurkan oleh  Ust. Fadzlan Shahidi, iaitu Naib Pengerusi Kelab Remaja ISMA (KRIM) Perak. Jamuan ini telah diadakan di kediaman ust. Fadzlan sendiri.

100_2890

Pada  pukul 6.15 petang, ikhwah-ikhwah dan para tetamu dari kawasan sekitar Tronoh dan Bota sudah mula berkunjung ke rumah Ust. Fadzlan. Majlis ini dimulakan dengan sesi ta’aruf ringkas, dan kemudian di serikan dengan satu tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Saudara Hannan, ikhwah dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Tazkirah yang berkisarkan peranan seorang remaja ini, amat memberi kesan yang positif kepada semua yang hadir.

Pada pukul 7.24 malam, kami berbuka puasa dengan memulakan dengan juadah-juadah ringan. Selepas menunaikan Solat Maghrib, kami dihidangkan lagi dengan juadah-juadah yang agak berat. Selain dapat mengeratkan ikatan ukhwah  dalam kalangan kami, program iftar ini juga sebenarnye memberi satu suntik semangat kepada kami semua untuk bergerak membangunkan Syiar Islam, sepertimana Rasulullah (S.A.W) dan para sahabat dahulu.

100_2897

Lebih kurang pukul 8.15 malam, kami beransur pulang ke tempat masing-masing dengan membawa seribu satu kenangan yang amat berharga.

Hijrah Ramadhan

Di sebuah keluarga yang bahagia, seorang anak berbual-bual  dengan ayahnye mengenai Ramadhan semasa menunggu waktu berbuka puasa.

ramadan-kareem

“abi, sebenarnye selapes abi bagi tazkirah lepas maghrib kat rumah semalam, Balqis terase diri Balqis ni banyak kekurangannye. Balqis rase Balqis banyak lakukan kesalahan di sisi Allah. Balqis tengok ummi, Balqis rase antare ummi dengan Balqis, macam langit dengan bumi..Balqis teringin sangat nak jadi macam ummi..”

“ Alhamdulillah, abi bangge ade anak macam Balqis. Sekurang-kurangnye, wujud perasaan insaf dalam diri Balqis. Jadi, abi nak tanye, Balqis betul-betul nak berubah ke ??”

“eh abi, mestilah Balqis nak. Balqis nak bina sifat mahmudah dalam diri Balqis semule..macam abi cakap semalam la, dalam bulan Ramadhan ni, Balqis nak cipta azam baru dalam diri Balqis ni.. ”

“Alhamdulillah..macam tu la anak abi, terkesan jugak tazkirah abi semalam ye..J Baguslah kalau Balqis ade kesedaran macam tu. Dalam bulan Ramadhan ni, kite tak nak  hanye menjadi orang biasa-biasa je, kite tak nak berpuase “gitu-gitu” je, ape yg kite nak, matlamat Ramadhan itu sampai menusuk dalam sanubari kite. Kite pun tak taw, kite dapat jumpe Ramadhan lagi ke tidak. Sebab tu kite kene usaha mencapai matlamat Ramadhan kite. Apekah matlamat kite?? Kite nak TAQWA.. itu matlamat sebenar kite…”

“ maknenye abi, kite mesti ade azam untuk berubah ye ??”

“Benar Balqis..nak  capai tahap Taqwa, kite kene berubah. Tetapkan pendirian dalam diri kite. Kite muhasabah diri kite elok2, segale kesalahan yang kite lakukan sebelum ni, kite janji dan katekan kat dalam diri, dalam bulan Ramadhan ni, aku nak latih diri aku, tak nak buat semua tu lagi..dan wujudkan perasaan insaf dalam diri. InsyaAllah, ia akan memberi kesan kepade kite untuk berubah..”

“Abi, betul ke, kalau kite tak dapat ape-ape dalam bulan Ramadhan ni, kite termasuk dalam orang2 yang rugi ??”

“Betul Balqis..ramai dalam kalangan kite ni berpuase, dan kite bersungguh-sungguh menjage puase kite, ye la, takut2 terbatal puase kite tu. Tapi kite sering lupe, yg kite ni tak bersungguh-sungguh pun menjage diri kite dari terbatal pahala puase kite. Mengumpat, mengeji, memandang perkare yg tak elok, semua tu boleh mengurangkan dan membatalkan pahale puase kite.. nauzubillah..”

“em sekarang Balqis dah faham abi, time kasih banyak2 ye..”

“Alhamdulillah, ni baru la Balqis anak abi..hehe :)

“mari abi, waktu berbuka dah hampir ni, nanti lewat pulak..”

“mari..”

“Ya Allah, kerane Engkau kami berbuke puase, dan kepade Engkau kami beriman, dan atas dari Engkau, kami berbuke puase. Ya Allah, kami minte diampuni dosa-dosa kami dengan Rahmat Engkau yg meliputi segale sesuatu” Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

Alhamdulillah Ya Allah…

Salam Ramadhan

Salam Ramadan 1430 H / 2009 M

Alhamdulillah, kita akan bersama menyantapi tinta keimanan dan kerahmatan di dalam bulan yang penuh barakah dan rahmat. Para salafus soleh akan sentiasa teruja dengan kedatangan bulan yang penuh dengan keampunan ini. Bulan yang disebut oleh Rasulullah sebagai bulan yang dibuka semua pintu-pintu langit, dirantai semua syaitan. Bulan yang sentiasa dinanti oleh mereka yang inginkan kedamaian jiwa dan ketenangan fikiran.

Namun harus diingat bahawa tanpa persediaan yang terancang mungkin kita akan menemui kebuntuan dan kegagalan dalamm mencari semua yang kita inginkan itu. Di dalam risalah ini ISMA menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil oleh semua umat Islam khususnya di Malaysia supaya Ramadan kali ini benar-benar memberi erti dalam menjunjung perintah Allah yang terkandung di dalam ayat 183 surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan kepada kamu puasa sebagaimana yang telah difardukan kepada umat sebelum kamu, moga-moga kamu menjadi orang yang bertaqwa”.

Objektif puasa adalah untuk memperolehi ketaqwaan. Ia merupakan objektif yang disusun oleh Allah untuk diperolehi oleh manusia muslim. Tidak hanya objektif yang dihighligtkan tetapi instrument dan indikatornya juga dilistkan oleh Allah dan RasulNya.

Oleh kerana itu beberapa langkah yang perlu diberi perhatian dan dilaksanakan sepanjang bulan ini adalah:

Memahami dengan betul kaedah fiqh berkaitan dengan ibadat puasa sama ada berkaitan dengan syarat sah, perkara yang membatalkannya dan juga perkara sunat dan harus.

  1. Meneliti hadis-hadis yang memperihalkan perjalanan dan kaifiat nabi berpuasa.
  2. Menjadualkan aktiviti yang bermanfaat pada setiap hari di dalam bulan Ramadan.
  3. Mendampingi al-Quran dengan semaksima mungkin mengenai tajwid, tafsir, tilawah dan hafalan. Target 30 juzu dalam masa 30 hari
  4. Membaca hadis-hadis mengenai kebersihan rohani melalui kitab-kitab hadis seperti al-Azkar, Riadhussolihin dan lain-lain
  5. Menjadikan budaya berdoa sebagai satu habit terutamanya selepas solat fardu, ketika berbuka dan khususnya ketika pada qiamullail di waktu dinihari
  6. Membuat review terhadap sirah dan perjuangan umat Islam terdahulu untuk mengimbau kecemerlangan dan kehebatan mereka mempertahankan Islam.
  7. Memperbanyakkan sedekah dan hadiah kepada mereka yang berhak.
  8. Mengadakan majlis berbuka puasa kepada sahabat handai dan ahli keluarga untuk merapatkan hubungan silaturrahim.
  9. Memastikan kita tidak meninggalkan solat sunat Tarawih dan witir pada setiap malam ramadan
  10. Menjauhi semampu mungkin sebarang maksiat dan kemungkaran sama ada dari orang lain atau dari diri sendiri yang berkaitan dengan seluruh pancaindera.
  11. Mengelakkan sebarang pembaziran yang melibatkan wang ringgit, masa dan waktu rehat.
  12. Berusaha berdakwah dan menasihati diri, ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga dan masyarakat supaya komit dengan agama dalam segala aspek.
  13. Beriktikaf di malam sepuluh akhir Ramadan dalam usaha mendapatkan fadilat malam Lailatul Qadar
  14. Menunaikan zakat fitrah kerana pengabaian terhadapnya menyebabkan puasa tidak diterima
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.